
Penggunaan peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba dalam kalangan warga kampus juga telah menjadi satu keperluan harian. Namun begitu, pergantungan sepenuhnya kepada bekalan elektrik grid menyumbang kepada penggunaan tenaga yang tinggi. Seiring dengan komitmen terhadap kelestarian dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), projek Sustainable Charging Hub ini bertujuan untuk membina sebuah stesen pengecasan berasaskan tenaga solar yang dibina di pondok rehat kampus. Projek ini bukan sahaja memperkenalkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, malah menjadi medium pendidikan kelestarian secara praktikal dalam kalangan pelajar dan warga PSMZA.






