
Kempen ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Bumi Sedunia pada 22 April 2025 sebagai satu usaha mendidik komuniti kampus tentang kepentingan penggunaan tenaga secara efisien serta langkah-langkah praktikal yang boleh diambil untuk menjimatkan tenaga. Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi institusi dalam membangunkan kampus lestari dan menyokong pelan tindakan pelan tindakan bagi Bidang Tumpuan 2 : Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim di dalam Blueprint Smart Green PolyCC 2021-2026 (BSGPC).
Selaras dengan ini, pihak pengurusan Smartgreen di PSMZA telah melaksanakan Kempen Jom Jimat Tenaga ini sebagai salah satu langkah kecil bagi menjimatkan penggunaan elektrik, sekaligus mengurangkan impak negatif dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar





