
Bermula 1 Oktober 2024, Kempen No Plastic Straw telah dijalankan di dalam kampus Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Kempen ini dilaksanakan bagi menyokong matlamat Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti iaitu meminimumkan penggunaan plastik sekali guna di semua Politeknik dan Kolej Komuniti, sekaligus meningkatkan kelestarian alam sekitar di dalam kampus PSMZA.



