Kerjasama Strategik PSMZA dan PETRONAS dalam Teknologi Hijau.
21 Mei 2025 – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menerima kunjungan daripada pihak PETRONAS bagi membincangkan pelaksanaan program kesedaran alam sekitar berkaitan teknologi Carbon Capture & Storage (CCS).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah PSMZA, Hajah Zamra binti Derahman, telah mencapai kata sepakat di mana PETRONAS akan melaksanakan program perintis dengan melatih pelajar-pelajar PSMZA dalam kemahiran pitching kandungan berkaitan CCS. Kandungan ini akan digunakan sebagai bahan promosi di platform media sosial rasmi PETRONAS.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat pelajar serta menyumbang kepada usaha kelestarian alam sekitar.






