Program Jom Free Market 7.0 bertujuan untuk memupuk budaya memberi dan berkongsi dalam kalangan masyarakat. Konsep utama program ini adalah ‘beri atau ambil apa sahaja secara percuma’ sebagai satu inisiatif memperkasakan semangat kebajikan, solidariti sosial dan kelestarian. Penyertaan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam program ini adalah bertujuan mendidik pelajar dan staf tentang pentingnya empati sosial, mengurangkan pembaziran barangan, serta mempererat hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti luar.







