
Program Kempen Go Green 2025: Kitar Dan Kekal Lestari telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan Smartgreen dengan kerjasama EKSA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA), Majlis Perbandaran Dungun(MPD) dan Geng Plastik Ija Dungun (GPI). Kempen ini adalah bertujuan untuk membudayakan masyarakat awam di Dungun dan warga PSMZA agar dapat menguruskan sisa pepejal mengikut garis panduan yang betul. Hasil barangan terpakai telah dijual kepada syarikat Awie Metal dan Sally Global Enterprise.
Diharap program seperti ini dapat diteruskan agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat awam supaya tidak membuang barang-barang terpakai untuk dikitar semula.





