
Pengurusan Smartgreen PSMZA dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan satu seminar berkaitan kecekapan penggunaan tenaga. Seminar Tentang ESG Dan Pemerkasaan Diri – Kuasa Di Tangan Anda ini dilaksana bagi memupuk tabiat penggunaan tenaga elektrik yang cekap dan berhemah di kalangan pelajar politeknik.









