PSMZA Raih Anugerah Terbilang
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) berjaya merangkul :
Tempat Pertama – Anugerah Terbilang Kemampanan Pengurusan Sisa (Kategori Politeknik)
Kedudukan ke-900 – UI GreenMetric World University Rankings 2024
Pengiktirafan ini diterima Hajah Zamra binti Derahman, Pengarah PSMZA, pada Majlis POLYCC Sust Award 2025 yang berlangsung di Hotel Casuarina, Meru Ipoh, malam tadi. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pencapaian ini mengukuhkan peranan PSMZA sebagai institusi TVET yang komited terhadap agenda hijau, kelestarian dan pengurusan mampan. Ia juga menjadi permulaan kepada usaha berterusan PSMZA dalam memastikan kemampanan terus dibudayakan dalam kalangan warga kampus.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa SmartGreen PSMZA yang telah menjadi nadi penggerak, di samping seluruh warga kampus yang sentiasa menyokong agenda hijau dan lestari ini.
“PSMZA Melangkah Ke Era Baharu”





